Monday, December 17, 2012

Oh Silvia ku

<p>Jika diingat zaman muda dahulu. Mungkin sebuah cinta terzahir dalam diam. Rupa paras yg agak menggoda, matanya yang sepet, serta tubuh yang amat menggiurkan. Sudah pasti buat aku sasau sendirian. Siang malam ku ngigau mimpikannya..

Silvia, itulah namanya. Yang dilahirkan oleh makcik Nissan, dimanjakan pula dengan gelaran S15. Sudah pasti aku tidak lupa. Setiap kali tangan memutar stereng untuk menyeret tayarnya. Mencicit bunyi kedengaran. Ngauman dan deruman enjinnya juga masih aku rindu. Kini semuanya tiada lagi.


Monday, November 12, 2012

Lukisan Hati



Saat warna merah itu bertukar,
Semua berat terasa sukar.
Kala jingga hias kirmizi senja,
Kaku Lentok sayu sahaja.
Bila biru saujana samudera,
Bagai hati dirotan,didera.

"berat hati tanggung derita,
asal mereka gembira ketawa"

Sejak hijau tersergam indah,
Senyum ketawa bertukar gundah.
Kini putih suci jelas tersahih,
Kamit bibir tiada lagi berdalih.
Biar hitam jajah alam maya,
Mendung selimut dunia selamanya.

*#saat rona udara tidak lagi terlekat dirongga.

Thursday, November 8, 2012

Andai Itu Suratan


Ni bukanlah tajuk novel. Juga bukan cerekarama. Inilah sketsa dari kehidupan bergelar manusia.

Malah makin mual bila memikirkan perangai boneka di pentas pinjaman Allah ini. Sebak dan sebal berbaur jika diingat semula. Bukan lagi renyai, tapi lebat mencurah hujan dari awan mataku. Saat aku termenung menongkah langit yang telah gelita ditelan malam. Rengekan, diselangi dengan sedu menjadi teman. Sudah pasti tiada yang mengerti.

Segala dirancang, dicanang! dikompang! Namun, masih ada yang iri menghalang.


Monday, October 29, 2012

Kejamnya Dunia

Kekadang orang cakap kehidupan ni memang kejam..
Pada aku, tu semua terletak kat cara orang tu sendiri mentafsir kehidpan mereka..
Tipu! Kalau aku tak pernah terfikir seperti mereka..
Aku pun manusia biasa kot. Ada hati dan perasaan..
Ada pasang dan surut bagai si pantai..
Ada atas, juga bawah seperti sang roda..

Kala hati dihenyak sayu,
Batin menjerit dipijak! disiku!

Renggek hatiku setiap kali diuji bertalukali.
katup pekak mata telinga buat sementara.
Namun ujian tak pernah ada titik noktahnya.
Masih menghantubuli hatiku yang rapuh bagai kekupu.
Benyek dilecek dipukul dipalu.

Kejamkah kehidupan ini? Merencat ototku yang cuba berdiri.
Pasti piung raksasa bukan lagi saingan.
Kocak ku rasa lebih bergetar tegar richternya.
Musnahkan impian yang pernah ku damba.

HARINI
Aku masih jaydi ibn rash seperti sebelumnya.
Segala risiko aku sondol.
Lanyak apa saja yang aku rasa betul!
Walau berapa banyak parit bakal mengalir atas pipiku. Aku tak kesah!
Kerna aku tahu dunia ini tak kejam.
Cuma aku yang kurang hargai segala yang datang.

Tuesday, October 9, 2012

PMR 2012 Kini Bermula


9 Oktober.. Menarik aku untuk mengimbau semula kenangan 11 tahun lalu. Seawal pagi bonda berteriak mengejutkan aku dari lamunan. Hampir pasti aku tak melupakan detik itu. Nguapan badak kemalasan respon pertama yang pasti aku pamerkan.

Detik itu, semuanya sukar. Namun hati tetap tabah untuk meneruskan peperangan. Tiada pistol dan mesingan. Ku gantikan dengan pen dan kertas. Yang tertewas tidak lagi hilang darah dan nyawa. Tapi jadi penentu masa muka.

Meja.. Kerusi.. Diatur rapi. Ada sekeping kertas dipatri rapi. Tercatit empunya diri. Angka turut diguna sebagai pengganti. Persekitaran mati ditelan sunyi. Amat berbeza dari kebiasaan. Selalunya binger bagai pasar. Riuh umpama zoo. Tapi kini ternyata berubah.

Hari ini sama seperti itu. Sunyi dan sepi. Tiada lagi jerit lolong. Tak dengar pula pekek tempek. Hilang sudah riuh rendah. Saat ini, PMR sedang dijalankan. Moga Kalian Berjaya.

Friday, September 21, 2012

Hanya Ini Yang Termampu


"Uda, akak xde pape nak pkai tok raya ni.. rantai, gelang,cincin dan 'gelinya' semua xde.. Gina ada semua".
Aku hanya tunduk lesu mendengar kata2 anak buah pertamaku. Rasa sedih meruntun jiwa. Mujur ada subang azimat yang disimpan rapi. Walau hanya sebelah sahaja yang ada. Aqela pakai sambil pamer senyuman mengherot di pipi.

Monyet Gayat Ketinggian

Segolongan manusia percaya kehidupan ini ibarat roda, kadangkala di atas, kekadang pulak di bawah. Tidak kurang pula yang menterjemahkannya sebagai karma. “Kau Akan Rasa Macam Aku” pula fahaman karma melayu kotemporari. Pada aku semuanya tu hanya bait kata pada mereka yang kurang menelitian. Pembalasan bagi setiap perkara? Benarkah? Hanya balasan dosa pahala yang aku pasti dari-Nya.

Mungkin ramai tak pernah terfikir yang Monyet Gayat Ketinggian. Ada juga yang berfikir aku bergurau dengan pepatah yang aku reka sendiri. Tapi inilah yang aku dapat dari analisis kehidupan makhluk di atas bumi Allah ini. Kedudukan yang tinggi juga pasti rasa tergugat bila mereka yang di bawah kian berani mempertahankan hak dan ideologi yang lebih komprehensif. Hingga terkinja-kinja ketakutan dengan reputasi semasa mereka. Monyet yang ligat bergayut gusar bakal jatuh terduduk. Begitu juga mereka yang selesa di atas, khuatir bakal menerima nasib yang sama.

Penyudahnya, cuba mereka singkirkan orang yang cuba menyerlah kebenaran yang di timbus. Kerana takut bakal menjejaskan periuk nasi mereka. Inilah kehidupan yang harus dilalui. Biarlah keangkuhan mereka beraja dihati, agar mereka riang menari seperti kinjaan monyet nikmati belacan. Tidak pula aku harapkan mereka mendapat pembalasan. Memadailah jika kebenaran terbit kembali.

Monday, August 27, 2012

AidilFitri 2012

AidilFitri yang penuh 'kemalangan'. Seakan kami berdiri di celahan tembok teratak usang milik bonda. Namun aku hanya mampu senyum sinis kerna sempat merakamkan potret keluarga dengan bantuan DSLR tanpa menggunakan 'kaki'nya.

Sentuhan manual sepenuhnya sambil dipatri oleh lensa tamron makro sambil dibantu oleh talaan randik nikon ku.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN 2012

Pangkor Dark Side



Hasil godehan aku dikala sunyi. kerna tidak mampu membeli camera lomography. Namun, hanya ini yang termampu. Walaupun tidak gemar meng'edit'. Sekali sekala tidak salah rasanya..

Thursday, August 23, 2012

Fenomena 'Tanda Putera'

Rasa terharu, sedih, dan bangga bercampur aduk menghasilkan semangat kecintaan terhadap tanah air yang disayangi ini. Mungkin ada yang skeptikal dengan apa yang mampu ditawarkan oleh filem patriotik seumpama ini, melainkan fakta sejarah yang hanya mengundang kantuk.

Namun percayalah, formula diadun Datin Paduka Shuhaimi Baba selaku sutradara sepanjang 117 minit durasi filem ini bakal mengubah persepsi klise tersebut.
Tanda Putera, judul yang dipilih bagi menggambarkan petanda seorang pemimpin berjiwa besar, bukanlah sekadar filem sejarah.

Ya, tidak dinafikan filem ini antara lain mengangkat kisah benar insiden-insiden penting yang berlaku sepanjang tampuk pemerintahan perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bersama timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.




Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 September 2012.

Tuesday, August 14, 2012

Pesawat – Menjelang Syawal



Terdengar Suara Takbir
Kalimah Agung dilaungkan
Riuh Rendah di dapur
Lemang Rendang dihidangkan
Budak budak di laman
Kecoh bermain mercun
Mengimbau kenangan
Sanak saudara berhimpun
Alangkah bahagia di jiwa

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yg gemilang Kau beri pada hambaMu
Di kala Syawal

Kini tiba masanya
Bergembira di Hari Raya
Ziarah menziarahi
Sengketa lalu tak usah dikenang lagi
Di Aidilfitri

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal

Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal

Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta
Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta

Monday, August 13, 2012

Black ft Malique - Teman Pengganti


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

* chorus
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi DIA yang sempurna (dia yang sempurna)2X

Ulang * chorus

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sunday, August 12, 2012

Saat Itu


Saat itu aku mencari kemana ia hilang pergi,
Bagai kelabu segenap hariku,
Hanya kabus rindu menyelimut ruang hati,
Sistem pesanan ringkas ku telaah berkali-kali,
Biru mata menatap paparan skrin telefon bimbitku,
Hati kusut mencari kekhilafan yang pasti.

Saat itu aku masih bisu mencari erti,
Bisik nakal syaitan datang mengganggu,
Hasut hati yang meratap sepi,
Sesal akan keangkuhan ku sendiri,
Binasa punah luluh hati yang pilu,
Hancurnya cinta yang dipatri.

Saat aku mencintaimu.
Masihkah aku ada dihatimu? Saat ini?
Merindukanmu.

Wednesday, August 8, 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Sudah jemu dengan ayam goreng? Ingin pula beralih ke masakan berkuah?
Mungkin korang boleh memilih "Ayam masak Lemak Cili Padi".
Antara hidangan yang memang menjadi kegilaan aku selama ini.
Selamat Mencuba.


Bahan:

- 1 ekor ayam
- 3 biji cili merah (cili hidup)
- 2 batang serai
- 1 biji bawang besar (kalau yang original punyer, tak perlu guna bawang)
- 1 keping asam gelugur (Aku lebih prefer kalau guna air asam jawa)
- 1 1/4 biji kelapa atau sepaket santan serbuk (1 biji diambil santan, 1/4 biji dijadikan kerisik)
- 20 cili api atau cili kering pedas
- 1 tual atau 2.5 sm kunyit hidup
- Garam secukup rasa

Jom start memasak:

* Potong ayam ikut berapa korang nak. (seeloknya seekor ayang dipotong 14)
* Cili api, cili merah dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat, serai dititik separuh lumat serta bawang besar dimayang halus.
* Masukkan ayam dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk berserta bawang yang sudah dimayang, serai dan perahan santan.
* Masak hingga mendidih.
* Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisik, kacau hingga rata.
* Apabila ayam sudah empuk, masukkan garam secukup rasa. (garam tu jangan banyak sangat nanti korang kene dara tinggi pula :P)
* Biarkan ia mendidih seketika dan biarkan seketika sebelum api ditutup.

Thursday, August 2, 2012

Motorsikal 4 tayar 8500cc

Jet? kereta berkuasa? Motorsikal? Aku sendiri taj tahu apa jenis kenderaan ni, seperti yang mereka lakukan dalam Dodge.

Dodge Tomahawk V10 yng dilengkapi enjin viper yang telah diubahsuai dengan reka bentuk empat roda dengan style yang agak futuristik yang mampu menjadi tumpuan semua mata.







Wednesday, August 1, 2012

Polis 'Palsu' Rogol Remaja

Mohd Harmozi (kiri) dan Rizal Azlie (kanan) memarahi petugas media merakamkan gambar mereka di Mahkamah Sesyen, semalam.

AYER KEROH - Dua sahabat dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan akibat melakukan perbuatan keji dengan merogol seorang remaja sejurus menyamun dan menyamar sebagai anggota polis, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, selepas Mohd Harmozi Abdul Ghani, 28, dan Rizal Azlie Abdullah, 34, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan pada hari ditetapkan perbicaraan, semalam.

Hukuman itu selepas mengambil kira kelakuan jenayah berat dan kejam dilakukan secara bersama-sama tertuduh dalam satu transaksi.

“Walaupun kamu sudah insaf terutama bersempena Ramadan ini, kamu harus terima hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berpura-pura sebagai penjawat awam memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada pasangan remaja berusia 14 dan 17 tahun di sekitar Pantai Puteri, Tanjung Keling, kira-kira jam 11 malam pada 23 Disember 2010.

Kedua-duanya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta seorang daripada mangsa dengan mengambil sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan dua telefon bimbit di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Atas kesalahan itu, kedua-duanya yang tidak mempunyai pekerjaan dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mereka juga didakwa merogol seorang daripada mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Tanah Wakaf, Taman Bukit Rambai Jaya di sini, antara jam 11.30 malam dan 1.30 pagi, tarikh sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan, kedua-duanya yang telah menyesal atas perbuatan dilakukan memohon hukuman ringan, selain hukuman penjara dijalankan serentak daripada tarikh ditangkap serta meminta untuk ditempatkan di Penjara Sungai Udang.

Bagaimanapun, Rebecca meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang berhadapan tiga pertuduhan termasuk melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 14 tahun.

“Perbuatan mereka telah menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan trauma," katanya.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan menyamar, lapan tahun dan dua sebatan (rompakan berkumpulan) dan 15 tahun dan lapan sebatan (merogol).

Beliau turut mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh ditangkap pada 15 Januari 2011 dan tertuduh dipenjarakan di Sungai Udang.

Friday, July 13, 2012

Gadis 21 Tahun Ditahan Dalam Keadaan Bogel


NEW YORK – Polis dipanggil ke New York Times Square di sini bagi menangkap seorang gadis yang berbogel bagi mempamerkan lukisan pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis itu yang berusia 21 tahun, Zoe West berdiri dalam keadaan bogel manakala orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memerhatikannya.


Dia mempamerkan lukisan pada tubuhnya yang dihasilkan oleh seorang artis, Andy Golub. Golub turut melukis lukisan itu di khalayak ramai.




Pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Selasa lalu, beberapa anggota polis menangkap gadis tersebut dengan menggari tangannya sebelum dia dibawa menaiki sebuah van. Menurut gadis itu, dia tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang. Dia didakwa melakukan aksi kelucahan di khalayak awam.



Namun, dakwaan itu digugurkan dan dia kemudian dibebaskan. Peguam gadis itu, Ron Kuby berkata: “Undang-undang New York menghalang berbogel di khalayak awam kecuali jika ia merupakan sebahagian daripada satu pameran, drama atau pertunjukan.” – Agensi

Wednesday, July 11, 2012

Ainan Tasneem - Aku Suka Dia



Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Xfm Akhiri Siaran Radio




Dah 3 hari aku hidup tanpa mendengar deretan lagu yang diputarkan di radio Xfm. Serabut pun ada. Ni semua gara-gara dorg ni gegatal nk wat radio ni secara 'online' 100%.

100%?? tahukah mereka yang aku tak setuju 300%. Semua channel button tuner kat kete aku tok Xfm. Semua negeri yang aku kerap lalui, akan aku set frekunsinya. Tapi kini sumenyer da tiada. Terlalu menyedihkan.

Tiada lagi putaran lagu band yang baru ingin menempa nama dalam persada seni tanah air untuk melayan halwa telinga aku. Tiada lagi irama indie dan underground menemani perjalananku. Bertahun lama menjadi pujaan hati. Sejak zaman Xfreshfm lagi. kini semua telah punah.

Sampai hati mereka. Tiada lagi radia ter"cool" di nusantara. Tiada lagi semuanya. 9 Julai 2012 menutup tirai radio kebanggaan ku.

Monday, July 9, 2012

One Buck Short - Ditiup Kata Rindu






Dengarlah seruan hatiku
Kan ku melawan segala dugaan yang diberikan
Dengarlah panggilan cintaku
Tiada bandingan bagaikan syurga kayangan indah

Ditiup kata rindu dibawa angin sayu
Tersenyum apabila terkenang kisah cinta
Ada kala saat tiba jangan bercakaran
Ini bukan ukuran jangan kita menafikannya
Jangan kita menafikannya

Dengarlah bisikan hatiku
Kau tiada bandingan bagaikan syurga kayangan indah
Ditiup kata rindu dibawa angin sayu
Tersenyum apabila terkenang kisah cinta
Ditiup kata rindu dibawa angin sayu
Tersenyum apabila terkenang kisah cinta
Terkenang kisah cinta

Dengarlah jeritan hatiku
Kan ku melawan dugaan yang diberikan
Ditiup kata rindu dibawa angin sayu
Tersenyum apabila terkenang kisah cinta
Ditiup kata rindu dibawa angin sayu
Tersenyum apabila terkenang kisah cinta
Terkenang kisah cinta
Terkenang kisah cinta

Dengarlah panggilan cintaku
Kau tiada bandingan bagaikan syurga kayangan indah

Friday, July 6, 2012

Perihal Dunia

Memang dasar manusia.
Berlagak.. Angkuh..
Mungkin kerna berasakan diri mereka sangat bagus.
Pengaruh besar. 'Network' merata.
Membuatkan mereka begitu sombong.
Bagaikan semua orang perlu akur dengan kehendak mereka.

Melafazkan kata tanpa menggunakan akal sebelum bicara.
Seperti mereka yang amat mengetahui kononnya.
Yang mengawal semua perkara atas sfera yang berputar.
Lebih ligat lagi mereka memutar-belitkan segala kandungan yang ada.
Agar segala peristiwa jadi samar.
Yang kabur, lindungi yang nyata.
Agar semua termakan segala helah mereka.
beginilah cara golongan "khalifah" yang berkuasa.
Perlihat sikap rendah diri mengalah.
Tapi, Mendabik dada penuh megah.

Berundur kononnya tidak mahu perkara bertambah pincang.
Itulah retorik mereka bercanda.
Agar nampak seperti insan yang berhemah. Tidak bersalah.
Sedangkan mereka berniat menyorokkan sesuatu agar tidak dihidu.
Melindung perkara agar tidak jelas terlihat.
Menutup kebenaran dari terus dipersoal.

Alahai manusia. Inikah yang kamu bangga.
Teruskan.

Thursday, July 5, 2012

Jauh - Second Whisper





Ku di sini kan selalu menanti kamu
Walaupun ku hanyalah semut bagi mu
Tidak pernah kau berpaling melihat ku
Namun aku kan tetap menunggu kamu

Tidak akan aku melepaskan mu
Walaupun engkau jauh
Ku harap engkau masih ingati
Kenangan di masa dahulu

Dingin yang ku rasakan dihari ini
Mengingatkan ku pada semua kenangan
Ku harap kau gembira bersama dia
Namun aku di sini tetap menunggu

Tidak akan aku melepaskan mu
Walaupun engkau jauh
Ku harap engkau masih ingati
Kenangan dimasa dahulu

Ku harap daku bermimpi
Dan sedar dari tidur ku
Dan melihat kau tersenyum
Ku harap daku bermimpi
Dan sedar dari tidur ku
Dan melihat kau tersenyum
Dan melihat kau tersenyum
Dan melihat kau tersenyum
Dan melihat kau tersenyum

Ku di sini kan selalu menanti kamu
Walaupun ku hanyalah semut bagi mu

Tidak akan aku melepaskan mu
Walaupun engkau jauh
Ku harap engkau masih ingati
Kenangan dimasa dahulu

Tidak akan aku melepaskan mu
Walaupun engkau jauh
Ku harap engkau masih ingati
Kenangan dimasa dahulu

Saturday, June 30, 2012

Go Italia

Aku sikit pun xkisah masa aku pilih italy dulu ramai yang gelak tok rangkul euro cup... siap ckp holland mesti tapau sume team... skg apa jadi... cian lak aku tgk kat mbe aku yg kipas susah nak mati tok ducth side... group stage pn xmampu hadap... Ayah aku pn frusted sampai temenung tgk oranje die tersingkir... "xpe abah, italia da belasah germany". juz nk lenyek spain je nanti... Forza Azzurri...

Tuesday, June 26, 2012

Keletah Tukang Karut

Saban hari luka tidak pernah susut, Makin parah, tak pula ingin surut, Mana mungkin sembuh walau dirawat lembut, Makin dalam, bakal semadikan parut. Mungkin ini kalimah yang sesuai bagi keaadaan sekarang. Dasar manusia. Lemah lembut bila bantuan dipimta. akhirnya tuba yang diserah. pohon rayu tagih belas sesama. tapi akhirnya cuka disimbah. Memang manusia kerap kali beracuan begini. Penuh dengan 'plastic surgery'. Bibir manis macam rambutan. Hati biadap macam durian. Patutlah aku memang menyampah dengan durian. Rupanya akan berjumpa dengan mereka yang sama sifat fizikalnya. tapi mereka bijak sembunyikan dari mata manusia. Sudah segala kelonggaran mereka kecapi. Kesenangan diberi. Tapi 'bala ciptaan' pula digalang ganti. Apakah jenis manusia begini? Mereka-reka ceritera bagi memusnahkan sesama sendiri. Untuk apa? Untuk laksanakan serakah yang beraja dihati? Atau ingin melihat air sungai dipipi. Bila cuba berdiri sua. Mengapa pelbagai karenah ingin melarikan diri. Baculkah? Mengapa tidak berani. Setelah fitnah dicanang merata. Mengapa takut untuk semuka. Sungguh kesian atas sikap kalian. Jangan fikir semuanya telah selesai dengan ayat "aku da xamik port". Pandai berak,pandai istinja'. kalau tak sampai bebila tak suci.

Monday, April 9, 2012

Jururawat Dituduh Curi Seluar Dalam


KOTA BHARU-Hanya kerana mencuri sekotak seluar dalam, seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.
Tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.
Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut pada jam 2.30 petang.
Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.Bagaimanapun Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes.

Thursday, April 5, 2012

Dedikasi Untuk Yang Tiada


Air dicincang takkan putus.
Itu mungkin pepatah orang lama. Pada aku, tutup saja pelaras kepala paip. Pasti air akan berhenti. Mudah bukan?

Laut mana tidak bergelora. Inikan pula perasaan manusia.
Sampai masa, tiba waktu. Semua urusan bakal terhenti.
Tiada lagi ritma atau lagu. Tidak lagi burung mampu berkicau menyanyi.

Bagai hati pahit menelan. Namun ia satu suratan.
Warkah terakhir untuk 'bloodysis' yang kini telah tiada.

Wednesday, April 4, 2012

Vios Zero Seven : Kuala Lumpur, Johor, Pantai Timur, Utara to Cherating

Annual Dinner Vios 07 yang diadakan di Kuantan, Pahang..


Inilah kereta aku yang tidak seberapa, tapi aku sayang sangat kat si dugong salji ni..



Sewaktu aku memandu di Lebuhraya Pantai Timur..



Semasa sedang berkonvoi dengan member VZS..


Kereta aku 'ditinggalkan' jauh oleh Akim the MindHunter



Antara Binatang Tunggangan yang terlibat bagi menjayakan konvoi dan annual dinner kali ini...

Aku berterima kasih kepada QuicFinger Photography yang bekerja keras bagi merakamkan dekit konvoi pada kali ini. Tahniah

Friday, March 30, 2012

MAKIN HARI MAKIN MELUAT

Mungkin itu ungkapan paling tepat yang dapat aku fikirkan bagi segelintir insan yang tidak ubah seperti LEMBU. Menjelajahi dunia tanpa bekalan ilmu dan mencetus sengketa tanpa tahu mengapa perlu bertindak begitu. Adakalanya lebih BODOH dari binatang. Mengapa? Lembu juga mampu patuh pada tuaannya. Miliki otak, tetapi tidak dikurniakan akal. Bagaimana pula manusia yang dianugerahkan otak, tapi gagal menggunakan kurniaNya dengan sebaik. Tidakkah itu lebih teruk?

Benarkah?
Mereka memang fasih berbicara, malangnya fasik dengan bahasa.
Lidah melafaz tanpa menggunakan minda yang dikurnia.
Bertindak seperti otak tanpa akalnya.
Bagai ZOMBI hidup tanpa NYAWA.

Itulah?
Ungkapan selari yang terlindas dibenakku yang serba kekurangan.
Tetapi mengapa ia berlaku terhadap bangsaku.
Bangsa yang makin layu.
Menurut firasat nafsu.

Adakah ini bangsa yang dahulu kononnya telah maju? Maju! mungkin sekadar dengan melihat keutuhan dan kemegahan bangunan yang bias mencakar angkasa. Binaan yang mampu mencengkam bumi. Mungkin itu yang menjadi ukuran di fikiran mereka yang alpa dengan buaian dunia.

Sedangkan kemunduran pemikiran dan kematangan berperanan, tidak ubah seperti masyarakat paleolitik seperti yang diomong-omongkan dalam sejarah peradaban manusia. Alangkah malangnya bila melihat ketaksuban insan ini melewati hari mereka tanpa berlandaskan bukti dan fakta. Malah turut membelakangi suruhan yang telah diperintahkanNya melalui utusan kepada seluruh manusia.

Terguris satu carik dihati melihat bangsaku sendiri. Moga ini akan berakhir.

Tuesday, March 27, 2012

Nasib Si Gelandangan Desa


"Nasib diri siapa yang tahu"!

Kata-kata yang pernah disampaikan oleh Ayahanda. Bagaimana harusku lupa.
Malah tak pernah sekali aku menafikannya. Dari digelar pelajar tak berguna.
Kini ternyata itu SALAH! Dari bibir mereka yang tidak henti mencemuh diri.

Takkan pernah aku lupa setiap detik masa itu berdenting.
Cacian jadi bekalan. Penghinaan jadi dorongan.
Ya! Aku memang anak desa yang merangkak di kotaraya.
Gelandangan desa di bandar konkrit buat aku bersabar.
Berusaha untuk merubah nasib keluarga. Biar lelah dengan kekalutan semasa.
Bebanan kerja yang menimpa-nimpa. Itu soal kedua.

'PENYAPU BURUK'! gelaran yang tidak pernah aku lupa.
Dari mereka yang busuk hatinya. Mencaci ayahanda yang tidak bersalah.
Memang kami miskin hina. Tapi kaya adab pusaka.
Agar nanti kamu sedar. Si Gelandangan desa menyinar serata.
Baru nanti kalian sedar. Dunia bukan untuk disia.

Monday, March 26, 2012

Dukung Dalam Kereta Sebelum Dirogol



SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.

Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.

Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.

Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.

Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.

Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.

“Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.

“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelematkan diri".

Wednesday, March 21, 2012

Pelacur Lelaki Di P. Pinang Guna Internet Promosi Diri!

Sekumpulan pelacur lelaki di Pulau Pinang kini dikesan menggunakan internet untuk ‘mempromosikan’ diri mereka. Mereka meletakkan iklan kononnya hendak mencari ‘kawan’.
Malah ada di antara mereka meletakkan nombor telefon dan bergambar dalam pose yang seksi. Harga perkhidmatan yang mereka tawarkan turut disertakan.

Menurut akhbar Nanyang Siang Pau, para pekerja seks lelaki ini adalah dari China, India, Thailand, Monaco, Australia dan New Zealand. Difahamkan mereka hanya akan tinggal di hotel sebagai tetamu untuk mengelakkan ditahan pihak berkuasa.

‘Caj’ yang dikenakan adalah sekitar RM150-250 untuk ‘satu sessi’, bayaran tambahan sebanyak RM100 pula akan dikenakan jika lelaki tersebut berasal dari negara barat.

Namun para pelacur lelaki ini bersedia untuk menurunkan harga sekiranya pelanggan mereka tidak mampu. Pelanggan juga diminta untuk membayar tambang teksi sekiranya ‘perkhidmatan’ mereka diperlukan di luar hotel tempat pekerja seks ini menginap.
Nampaknya kegiatan pelacuran lelaki ini semakin menjadi-jadi di bandar-bandar besar seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Penulis difahamkan yang menjadi pelanggan utama mereka adalah golongan wanita berada dan lelaki gay…maknanya puak-puak ni – depan belakang mereka sapu bersih.
Patutlah jumlah pesakit AIDS/HIV di negara kita semakin hari semakin membimbangkan, rupa-rupanya sebab adanya kelompok macam inilah.

Tuesday, March 20, 2012

UPM, Universiti Terbaik Malaysia


Senarai ranking universiti khas di Malaysia telahpun dikeluarkan. Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti. Kebanyakannya hebat-hebat belaka.
Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?
“masyarakat pakar dan pengkaji”
Semoga senarai ranking universiti di Malaysia kali ini menjadi panduan untuk kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai diantara anda (pembaca Berita Semasa) juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana?
Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama 3 atau 5 tahun seterusnya selepas ini.
Senarai ranking universiti di Malaysia ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Antaranya ialah Size, Visibility, Research papers & Scholars.


Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia
1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
23. 4083 International Medical University
24. 4232 Taylor’s University College
25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
27. 4644 University of Nottingham Malaysia
28. 4852 UCSI University
29. 4977 Monash University Malaysia
30. 5012 Malaysia Theological Seminary
31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
33. 5931 Universiti Industri Selangor
34. 6045 Selangor International Islamic University College
35. 6075 Al Madinah International University
36. 6163 Wawasan Open University
37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
38. 6482 KDU College
39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
41. 6978 Help University College
42. 7018 Sunway University College
43. 7031 INSANIAH University College
44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
45. 7361 Segi College
46. 8058 Malaysian Institute of Management

Wednesday, March 14, 2012

450 Helai, Sebentuk Hiasan, Sebuku Merah, Sehelai Identiti


Hari yang sibuk. Seawal pagi dah bangun.
Perut hanya sempat dijamu oleh beberapa CEKODOK BILIS.
MAYBANK Merlimau, destinasi pertama. RM 45 000 berjaya dibawa keluar.
Alhamdulillah. Dapat lah bonda beli seutas dua rantai untuk dirinya.
Terus aku menuju ke kedai emas yang dijanjikan. Bonda sedang sibuk membelek.

Mata aku tertarik dengan sebentuk cincin. Harga agak memuaskan.
"Apek! Nak cincin tu". Aku terus sarung ke jari yang runcing.
Perghhhh! SEMATT!! "Mak, Nak Pi Jasin sat. Mak bayarkan cincin ni ye".
Aku terus berlalu tanpa menoleh belakang. Kalau tak nanti aku kena bayar.
Lagipun aku dah bagi bonda duit yang cukup untuk barang kemasnya.

Pejabat Daerah & Tanah Jasin memberi respon mendukacitakan.
Geran masih belum boleh dikeluarkan. Terus aku berlalu.
Memecut 'snowy' ke Ibu Pejabat Polis Daerah. Saman aku mungkin dimansuhkan.
Lega dihati hanya Allah yang tahu.

Aku bergegas ke Jabatan Imegresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Passport sudah diperbaharui, Kad Pengenalan pun sama.
Aku perlu bergegas ke Bank Islam bagi mengeluarkan sekitar RM 1700 untuk anak buahku.

Setiba di rumah, baru ku sedar. Segala urusan agak sempurna.
Bukan mudah untuk berurusan di 5 Jabatan Kerajaan dalam masa setengah hari.
Tanpa menggunakan sebarang kenalan, walaupun ramai yang ingin hulurkan bantuan.

450 Helai, Sebentuk Hiasan, Sebuku Merah, Sehelai Identiti.

Monday, March 12, 2012

Pelanggan Sentiasa Betul? Betul ke?

Saban hari banyak cerita dan keluhan dari pelanggan samada dari segi urusan urusniaga mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Bahkan, pelbagai KOMPLEN dilemparkan kerana tidak dapat memuaskan hati mereka. Tidak kurang juga yang mengambil keputusan untuk mengheret masalah yang timbul ke KANDANG mahkamah.
Bila ditanya mengapa?
“Customer Always Right!”.
Benarkah mereka ni sentiasa BETUL?
Adakah semua yang dizahirkan oleh pelanggan itu TAK SALAH?
Tepuk dada
Tanya IMAN.

Peristiwa di Restoran semalam masih mekar dalam lipatan ingatan aku.
Seorang pelanggan menempelak si pelayan yang sedang sibuk melayan karenah para pelanggan.
Hanya kerana si pelayan lewat mengambil order dari meja yang berlagak seperti maharaja.
Semua mata tertumpu kepada insane yang terlibat.
Aku juga tidak terlepas.
Si pelayan tunduk membisu mempamerkan ‘beliau malu dilakukan begitu’.

Bagus sangatkah KO si maharaja?
Sesuka hai menjatuhkan maruah orang lain!
BETULkah tindakan KO tu?
KO ingat, KO siapa!

Aku yang bersimpati dengan si pelayan yang tidak menang tangan tersebut, terus menghulurkan bantuan agar kekecohan tidak timbul.
“ Haiya Taiko, cool la k! Orang ramai ni. Sat lagi dia amik la order”.
“ Customer Always Right!” dengan sombong si maharaja membalas.
Aku dengan selamba membalas. “Kalau tak boleh sabar, kedai lain banyak. Tu baru RIGHT!”
.
“ Tak mati la gua kalau tak dapat makan kat sini pun!”.
Dengan bongkak si pelanggan pergi meninggalkan lokasi.

Aku hanya berisytifar dalam hati.
Macam ni punya manusia pun ada.
Seseuka hati je menyalak untuk menjatuhkan maruah orang lain.
Kalau KO rasa terma “Customer Always Right!” tu betul.
Bukan itu lesen KO nak memaki-hamun orang ikutt suka KO.
Hak KO untuk memilih, bukan untuk MEMERINTAH.
Kalau KO tak senang dengan perkhidmatan yang ditawarkan, KO pilih lah tempat yang KO suka.
Bukan SESUKA UNTUK KO MENJATUHKAN maruah orang lain.
Tu pun tak boleh fikir ke?
Beza manusia dengan binatang, Dedua ada otak. Tetapi manusia ada AKAL.
Akal untuk berfikr mana yang perlu.
Tapi kalau ada otak pun KO tak reti nak guna, Mana pula tahap KO kalau nak dibezakan dengan BINATANG!
FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKAN.

Thursday, March 8, 2012

Vios GT Street


Hasil penat lelah dan berpusing minda mencari yang terbaik untuk 'Si Dia'.
Akhirnya, bodykit GT Street ini menjadi pilihanku.
Maklumlah, TRD Sportivo da bersepah orang pakai.
So, bg mengekalkan imej RARE yg aku suka.
Bodykit ini cukup memberi kepuasan kat aty aku.
hehe

Najib: SBPA Disingkirkan

PUTRAJAYA: Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah disingkirkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Khamis.

Beliau berkata Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedia ada akan diperkenalkan semula dengan penambahbaikan bakal dibuat.

Najib berkata jadual matriks gaji akan meningkat berdasarkan gaji minimum-maksimum dengan kenaikan gaji antara dari RM80 hingga RM320 bagi gred 1 hingga 54. Kenaikan gaji tahunan bagi gred JUSA akan kekal mengikut kepada SSM.

Membuat pengumuman di perhimpunan dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Najib berkata bahawa kerajaan telah bersetuju untuk Kos Elaun Sara Hidup (Cola) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 bagi kawasan B, dan daripada RM100 kepada RM150 bagi kawasan C.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk melaksanakan satu kajian yang komprehensif sistem imbuhan untuk kakitangan awam.

Wednesday, March 7, 2012

Warna Hidup

Saat aku tiba di sebuah tanah hitam,
Aku bertemu sekumpulan manusia yang asyik mendabik dada,
Mereka bagai bangsawan yang mengawal semesta,
Aku terus berlalu,
Mencari mata air merah di pergunungan hijau,
Semuanya nampak kelabu, malah makin hitam,
Ku berpatah semula di tasik biru,
Celahan tasik dedaun menghijau,
Terdapat larutan merah kehitaman,
Aku menyentuhnya,
Jelas dapat dirasa,
Seperti ada kisah disebaliknya,
Aku mengutil daun itu agar tidak rosak,
Aku sisipkannya dipinggangku.

Ku teruskan perjalanan dalam rintik hujan,
Aku tidak kekuyupan,
Malah aku panas kemerah-merahan,
Lantas aku menyelusup di bawah pohon berwarna jingga,
Terdapat seekor kura-kura putih ditepinya,
Kura-kura yang sangat besar,
Aku menunggangnya untuk merentas sungai hitam,
Hingga melewati pepohon hijau,
Berhenti aku di kawasan tanah coklat,
Terliha sebuah pondok berwarna kelabu,
Tiangnya agak gelap,
Aku terus terduduk di situ.

Tuesday, March 6, 2012

Helmet Untuk Ke Masjid


Skg ni idup mmg bahaya. Kemalangan sering terjadi.
Penunggang dan pembonceng motorsikal sering menjadi mangsa.
Ada juga dikalangan mereka yg tidak acuh dgn keselamatan.
Nk p kedai pn main setat moto terus jalan.
Helmet saja xnk pkai. Kedai dkt kononnya.
Sampai yg nk tunaikan ibadah p masjid pn mls nk pkai.
Kononnya senang pkai kopiah je. Polis xsaman.
Keselamatan diri lgsg xtaw nk pikiaq.

Hasil pemikiran kretif teman2 seperjuangan.
Mereka telah wat 'kepala' untuk mereka yg nk p masjid.
Gaya terkini dan sempoi.
Aku sgt setuju dgn ciptaan mereka.
Kalau pakai p jenjalan pn ley igtkn kpd mereka yg masih belum bersolat.
Kira satu dakwah gak ni.
lihatlah hasil ciptaan mereka. hehe

Dolce and Gabbana silk tie & Tommy Hilfiger Perfume


Dalam aku serba kekurangan.
Bos aku hulurkan sedikit buah tangan.
Hari ini aku gagal hadir ke tempat kerja.
Atas kondisi ubuh yang kurang selesa.
Tapi dibalas oleh buah tangan oleh bos aku.
Dedua ni jenama yang aku suka.
Terima kasih bos. Saya akan lebih rajin bekerja.
(^_^)

Fog Lamp Depo + DIY Rear Lamp


Setakat ni, aku telah berjaya upgrade beberapa bahagian lampu di dugong salji ku.
Fog Lamp Depo yang dibeli khas dari si Kasan dan rear lamp yang aku buat sendiri.
Buat masa ni, ini pun sudah memadai.

Monday, March 5, 2012

Bicara Qalbi

Sendirian di bilik yang gelita.
Kepulan asap Marlboro Light penuhi udara.
Hati kosong tanpa bicara.
Girang pun tiada, Sedih pun tidak pula.

Hanya minda tidak henti berputar.
Cari penawar Qalbi yang gusar.
Lantas mata kian berpinar.
Semangat diri semakin pudar.

Meniti ranjau kian menyepi.
Menbelah denai hari sunyi.
Jalani hidup umpama duri.
Biar sepi datang kembali.


tinta rasa si gelendangan desa : jaydi ibn rash

Grafik Nama Rasullah S.A.W


Subhanallah, cantiknya. Hasil grafik yang mengasyikkan.
Gambar ini seakan2 bergerak.
Sekadar share dengan kalian.

Wednesday, February 29, 2012

Gelagat Polis Lebuhraya



Tengah sedap speeding.. ttbe lensa mata aku nmpak objek yg mencurigakan... terus slow... sempat aku snap... gelak besar lak.. hahaha.. Mungkin anda akan terpedaya.. haha

Thursday, February 23, 2012

Demi

Hari ini merupakan hari tersibuk dalam kalender hidup aku setakat ini.
Letih dan kepenatan. Namun, masih mampu mengukir sebuah senyuman.

Demi mereka, aku gagahkan diri.
Masih terus menyelusuri lebuhraya duniawi.
Demi mereka, perih, kudrat dan keringat aku kisar.
Biar hancur berderai.
Demi mereka, biar aku terik menyangkal rintangan.
Agar mereka tersenyum riang.
Demi mereka, aku tempuhi keselutan harian.
Asalkan mereka hidup tenang.

Demi satu janji, aku bangkit dari mimpi.
Demi satu janji, aku kota kata dipatri.
Demi satu janji, tubuh badan menjadi ganti.
Demi satu janji, ku ubah fantasi jadi realiti.

Moga mereka mampu menguntum senyuman dulu kembali.
Ini sebuah janji mati.

dari hati jaydi ibn rash

Khilaf Dan Maaf

Aku hanya insan biasa. Tak lari dari khilaf.
Tapi aku memang gemar begini. Jalani hidup dengan landasan sendiri.
Bagaimana dengan mereka? Acap kali meminta kalimah maaf!
Perlukah aku terus memikirkannya? Barang kali jawapan telah jelas di minda.
Biarkan mereka. Itu pasti. Pergilah engkau ke kiri. Kanan langkahku pasti.
Bukan ruang untuk menjudi diri. Aku tahu ini jawapan pasti.
Milik aku hari ini. Juga di hari nanti.
Gantung tak bertali? Sudah ada jawapan pasti.
Kurangkan bicara. Gunakan akal yang ada.
Bahagia itu milik-Nya.
Engkau juga bisa menikmatinya. Cuma bukakanlah hijabmu.
Agar kamu merasa getaran itu.

Monday, February 20, 2012

Penantian Satu Siksaan


Percubaan aku pertama kali dalam menghasilkan foto begini. Saat kebosanan menanti adik aku yang sengal mendaftar sebagai pelajar PJJ UiTM di Intec, Seksyen 17, Shah Alam

Saturday, February 18, 2012

Bintang Kejora


Aku memang tidak pandai snap waktu dinihari. Ini antara cubaan yang aku lakukan tanpa bantuan tripod.

Friday, February 17, 2012

Lara Si Pujangga


Terigat akan masa lalu. Aku persis bayu dikala rindu. Dapat dirasa. Tapi tidak mampu disentuh. Anganan si kecil ingin menjadi pujangga. Tapi sedar aku bukan cendiakawan bangsa. Hanya di tepian air mampu bermadah. Sekadar melepaskan selirat di dada.

Thursday, February 16, 2012

Khazanah Tersimpan


Hasil tangkapan lalu. Khazanah yang aku terjumpa dikala sibuk menyelenggara komputer ribaku. Dimuatnaik selepas setahun telah berlalu.. haha

Friday, February 10, 2012

Tasha Manshahar - Be Mine





Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini