Monday, August 27, 2012

AidilFitri 2012

AidilFitri yang penuh 'kemalangan'. Seakan kami berdiri di celahan tembok teratak usang milik bonda. Namun aku hanya mampu senyum sinis kerna sempat merakamkan potret keluarga dengan bantuan DSLR tanpa menggunakan 'kaki'nya.

Sentuhan manual sepenuhnya sambil dipatri oleh lensa tamron makro sambil dibantu oleh talaan randik nikon ku.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN 2012

Pangkor Dark Side



Hasil godehan aku dikala sunyi. kerna tidak mampu membeli camera lomography. Namun, hanya ini yang termampu. Walaupun tidak gemar meng'edit'. Sekali sekala tidak salah rasanya..

Thursday, August 23, 2012

Fenomena 'Tanda Putera'

Rasa terharu, sedih, dan bangga bercampur aduk menghasilkan semangat kecintaan terhadap tanah air yang disayangi ini. Mungkin ada yang skeptikal dengan apa yang mampu ditawarkan oleh filem patriotik seumpama ini, melainkan fakta sejarah yang hanya mengundang kantuk.

Namun percayalah, formula diadun Datin Paduka Shuhaimi Baba selaku sutradara sepanjang 117 minit durasi filem ini bakal mengubah persepsi klise tersebut.
Tanda Putera, judul yang dipilih bagi menggambarkan petanda seorang pemimpin berjiwa besar, bukanlah sekadar filem sejarah.

Ya, tidak dinafikan filem ini antara lain mengangkat kisah benar insiden-insiden penting yang berlaku sepanjang tampuk pemerintahan perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bersama timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.




Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 September 2012.

Tuesday, August 14, 2012

Pesawat – Menjelang Syawal



Terdengar Suara Takbir
Kalimah Agung dilaungkan
Riuh Rendah di dapur
Lemang Rendang dihidangkan
Budak budak di laman
Kecoh bermain mercun
Mengimbau kenangan
Sanak saudara berhimpun
Alangkah bahagia di jiwa

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yg gemilang Kau beri pada hambaMu
Di kala Syawal

Kini tiba masanya
Bergembira di Hari Raya
Ziarah menziarahi
Sengketa lalu tak usah dikenang lagi
Di Aidilfitri

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal

Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal

Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta
Selamat Hari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta

Monday, August 13, 2012

Black ft Malique - Teman Pengganti


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

* chorus
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi DIA yang sempurna (dia yang sempurna)2X

Ulang * chorus

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sunday, August 12, 2012

Saat Itu


Saat itu aku mencari kemana ia hilang pergi,
Bagai kelabu segenap hariku,
Hanya kabus rindu menyelimut ruang hati,
Sistem pesanan ringkas ku telaah berkali-kali,
Biru mata menatap paparan skrin telefon bimbitku,
Hati kusut mencari kekhilafan yang pasti.

Saat itu aku masih bisu mencari erti,
Bisik nakal syaitan datang mengganggu,
Hasut hati yang meratap sepi,
Sesal akan keangkuhan ku sendiri,
Binasa punah luluh hati yang pilu,
Hancurnya cinta yang dipatri.

Saat aku mencintaimu.
Masihkah aku ada dihatimu? Saat ini?
Merindukanmu.

Wednesday, August 8, 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Sudah jemu dengan ayam goreng? Ingin pula beralih ke masakan berkuah?
Mungkin korang boleh memilih "Ayam masak Lemak Cili Padi".
Antara hidangan yang memang menjadi kegilaan aku selama ini.
Selamat Mencuba.


Bahan:

- 1 ekor ayam
- 3 biji cili merah (cili hidup)
- 2 batang serai
- 1 biji bawang besar (kalau yang original punyer, tak perlu guna bawang)
- 1 keping asam gelugur (Aku lebih prefer kalau guna air asam jawa)
- 1 1/4 biji kelapa atau sepaket santan serbuk (1 biji diambil santan, 1/4 biji dijadikan kerisik)
- 20 cili api atau cili kering pedas
- 1 tual atau 2.5 sm kunyit hidup
- Garam secukup rasa

Jom start memasak:

* Potong ayam ikut berapa korang nak. (seeloknya seekor ayang dipotong 14)
* Cili api, cili merah dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat, serai dititik separuh lumat serta bawang besar dimayang halus.
* Masukkan ayam dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk berserta bawang yang sudah dimayang, serai dan perahan santan.
* Masak hingga mendidih.
* Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisik, kacau hingga rata.
* Apabila ayam sudah empuk, masukkan garam secukup rasa. (garam tu jangan banyak sangat nanti korang kene dara tinggi pula :P)
* Biarkan ia mendidih seketika dan biarkan seketika sebelum api ditutup.

Thursday, August 2, 2012

Motorsikal 4 tayar 8500cc

Jet? kereta berkuasa? Motorsikal? Aku sendiri taj tahu apa jenis kenderaan ni, seperti yang mereka lakukan dalam Dodge.

Dodge Tomahawk V10 yng dilengkapi enjin viper yang telah diubahsuai dengan reka bentuk empat roda dengan style yang agak futuristik yang mampu menjadi tumpuan semua mata.







Wednesday, August 1, 2012

Polis 'Palsu' Rogol Remaja

Mohd Harmozi (kiri) dan Rizal Azlie (kanan) memarahi petugas media merakamkan gambar mereka di Mahkamah Sesyen, semalam.

AYER KEROH - Dua sahabat dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan akibat melakukan perbuatan keji dengan merogol seorang remaja sejurus menyamun dan menyamar sebagai anggota polis, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, selepas Mohd Harmozi Abdul Ghani, 28, dan Rizal Azlie Abdullah, 34, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan pada hari ditetapkan perbicaraan, semalam.

Hukuman itu selepas mengambil kira kelakuan jenayah berat dan kejam dilakukan secara bersama-sama tertuduh dalam satu transaksi.

“Walaupun kamu sudah insaf terutama bersempena Ramadan ini, kamu harus terima hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berpura-pura sebagai penjawat awam memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada pasangan remaja berusia 14 dan 17 tahun di sekitar Pantai Puteri, Tanjung Keling, kira-kira jam 11 malam pada 23 Disember 2010.

Kedua-duanya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta seorang daripada mangsa dengan mengambil sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan dua telefon bimbit di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Atas kesalahan itu, kedua-duanya yang tidak mempunyai pekerjaan dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mereka juga didakwa merogol seorang daripada mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Tanah Wakaf, Taman Bukit Rambai Jaya di sini, antara jam 11.30 malam dan 1.30 pagi, tarikh sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan, kedua-duanya yang telah menyesal atas perbuatan dilakukan memohon hukuman ringan, selain hukuman penjara dijalankan serentak daripada tarikh ditangkap serta meminta untuk ditempatkan di Penjara Sungai Udang.

Bagaimanapun, Rebecca meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang berhadapan tiga pertuduhan termasuk melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 14 tahun.

“Perbuatan mereka telah menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan trauma," katanya.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan menyamar, lapan tahun dan dua sebatan (rompakan berkumpulan) dan 15 tahun dan lapan sebatan (merogol).

Beliau turut mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh ditangkap pada 15 Januari 2011 dan tertuduh dipenjarakan di Sungai Udang.

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini