Sunday, August 21, 2011

Sebuah Janji


Kala bayu malam menghembus lembut melewati jendela. Aku hanya terpinga merenung skrin komputer riba. Kosong. Seperti mindaku juga. Sebelum melirik ke bungkusan putih yang tergantung di dinding ungu bilik ku. Sinis. Bibir melakar kuntuman yang tidak pasti akan maksudnya. Perlahan tingkap dibuka perlahan. Tiada sedikit pun udara segar terasa. Gundah bertukar gembira. Resah menjadi tenang semula. Bungkusan putih menjadi saksi. Aku telah tunaikan janji.

Setelah dua minggu aku merayap seperti manusia yang tiada tujuan. Dari Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Ingin melewati Jalan TAR yang sesak dengan manusia pabila Ramadhan datang menjelma. Janji kepada kedua ibubapa ku. Letih berjalan waktu terik begini. Tadi pun telah lama terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dari mall terkemuka hinggalah ke kedai yang berderet panjang dibahu jalan. tiada satu pun yang menepati citarasaku.

Pulang dengan hati hampa. Diteruskan lagi menjelajah Sunway dan Summit. Kurang memuaskan. Esoknya Klang dan Shah Alam jadi taruhan. Masih mengecewakan. Kebeningan malam menusuk hati. Janji masih belum aku penuhi. Biru citrus. Itu ku cari. Model klasik telah pupus ditelan kemodenan fesyen hari ini.

Hujung minggu aku nekad ke kajang dan Putrajaya. Harap ada setia menanti untuk ku tuai. Langkah lesu di sekitar pekan Kajang bertukar gembira. Sebuah kedai di hadapan Metro menjanjikan aku sebuah harapan. Ya. Disini ku temui kamu. Setelah hampir satu Selangor da KL aku tuju.

Inilah tema keluargaku tahun ini. Ibu, Ayah, janji ku tepati. Adik-adik, ini warna-warni kita di Aidilfitri.

Saturday, August 20, 2011

Bila Sewel Mengambil Tempat


Aku bukan seperti kacang yang bisa melupakkan kulitnya. Janji telah dipatri, aku perlu penuhi.

Berminggu-minggu aku memikirkannya. Akhirnya aku milikinya. Berhabis sekali-sekala tidak salah. Aku sukakannya. Walaupun perlu mengikat perut untuknya. Aku sanggup. Bagai cinta pandang pertama. Ia berjaya menawan hatiku.

Berputar-putar seluruh Shah Alam. Sempat juga terjah Klang. Tiada yang mampu memaut hatiku. Tercuit pun tidak. Benar. Aku sangat menyukainya. Kerana ku turutkan rasa hati, aku perlu berjimat untuk beberapa bulan lagi. :(

Tuesday, August 16, 2011

Kebinggungan Dalam Lena

Hari ini aku berdiri di satu dimensi baru. Dua hari tidak melelapkan mata bukan lagi perkara aneh bagi diriku. Memang aku mengidap Insominia. Bak kata orang kampung, 'kelawar malam'. Berbekalkan kudrat yang makin rapuh, aku meneruskan perjalanan hidupku hari ini. Masih jauh harusku tempuh. Makin banyak perlu ku tahu. Seawal 5 pagi selesai sudah aku bersiap selepas sahur untuk berpuasa pada 16 ramadhan. Simple. Seluruh badan didandan rapi. Licin jika ditilik raut wajahku. Tiada lagi misai dan janggut seperti semalam. Nampak lebih mudah. Tidak ubah seperti remaja belasan tahun. Aku tersengeh sendiri.

Aku hanya mengenakan khakis kelabu dan t-shirt HRC Beijing. Tidak begitu formal. Fail digenggam rapi. Sempat aku mencapai kemeja merah jambu untuk dijadikan taruhan untuk hari ini. Aku meninggalkan rumah sewaku. Longlai. Enjin 1NZ-FE selamat dihidupkan. Tanpa berfikir panjang, aku memecut menghala ke Puchong sebelum menuju ke Putrajaya. Destinasi dituju bagaikan jiran sebelah. 10minit. Not bad. Sementara menunggu tirai besi dibuka, aku melelapkan mata buat seketika. Namun gagal. Aku terus menyiapkan diri. Kemeja disarung. Tali leher dijerut longlai. Cis! kasut pula berlapuk. Aku menuangkan gel rambut sebagai ganti agar sepatuku kelihatan berkilat. Kaki dihayun lesu.

Aku tidak berapa pasti apa yang berlaku sepanjang temuduga itu dijalankan. Aku tidak ubah seperti mayat hidup yang berkeliaran. Tiada kewarasan. Aku tersentak dari lena pabila semuanya selesai. Baru ku sedar, ku dalam lena. Tanpa memikirkan masa depan dan pandangan penemuduga terhadapku, aku terus keluar dari perkarangan bangunan megah dengan penuh tanda tanya. Eh! Sudah selesai ke? Baru ku sedar. Harap maklumbalas positif dari Jabatan Perdana Menteri. Aku hanya mampu menanti. Jika bukan rezeki ku, tidak mengapa. Bumi Allah luas tersedia.

Lumpuria







Antara gambar 'candid' sewaktu menghayati Keindahan Alam Desa bersama keluarga tercinta. Bergelumang dengan lumpur untuk mencari rezeki. Inilah duniaku satu ketika dahulu sebelum diragut keras oleh kepesatan pembangunan. Aku tidak rela ia berlalu pergi.

Monday, August 15, 2011

Seperti syurgamu - Pop Shuvit feat Man Bai


[Pop Shuvit]
Aku pernah alpa, aku pernah lupa,
aku pernah terlena, dibuai cahaya indah.
Hidupku jadi megah, tanpa bersusah payah,
tanpa aku menduga, ku dalam leka.
Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara,
Suram mengambil tempat, tersurat sudah tersirat,
jaminan menjadi berat, tamparan begitu hebat,
sekarang baru ku sedar, setelah menempuh sukar.
Ku mula berfikir setiap saat.

[chorus- Man Bai]
Tolong sedar kan diriku, dari noktah kian luput,
aku bimbang jumpa satu waktu, ku tak kenal siapa.
Ku berharap kepadaMu, berikan ku satu rasa,
yang memberi erti hidup ini, mungkinkah seperti syurgamu....

[Pop Shuvit]
Sekarang baru aku sedar setelah segala,
yang aku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar,
suasana mencabar, setiap daya akan ku sumbangkan untuk, untuk mencuba.
Cuba mencari cahaya itu kembali,
biarpuan aku terpaksa menempuhinya sekali lagi.
kali ini aku akan lebih berhati-hati, walapun aku terpaksa berlari atau meniti,
kan ku harungi dengan cekal, pengalaman jadi kekal

ulang [chorus- Man Bai]

Oh, Engkau yang menentukan, apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurgaMu

[chorus- Man Bai]

Tolong sedar kan diriku, dari noktah kian luput, (oh.. oh..)
aku bimbang jumpa satu waktu, ku tak kenal siapa. (Tolong sedar kan diriku)
Ku berharap kepadaMu, berikan ku satu rasa, (seperti syurgamu)
yang memberi erti hidup ini (seperti syurgamu),
mungkinkah seperti syurgamu....

Seperti..
Ku berharap kepadaMu..
Tolong sedar kan diriku..
Seperti syurgaMu.. (2x)

Cetusan Pengarang: Setelah puas mengeledah seluruh enjin pencarian. Aku gagal ketemu lirik mahupun MP3 lagu ini. Lalu aku mengambil inisiatif untuk merekodkannya melalui Xfm dengan bantuan BB8520 ku. Ini hasilnya.

Saturday, August 13, 2011

Keindahan Alam Desa


Dari rengekkan manja sang cengkerik yang tidak pernah jemu meneman malam, hingga kicauan burung yang kedengaran riang berirama. Tiada lagi bunyi kebingaran kota. Aku rasa selesa. Tenang melapang seluruh dada. Ya. Di sini kini aku berdiri. Rumah bonda yang permai di Melaka. Bayu laut yang tidak henti-henti menjamah tubuhku yang makin berisi berbanding dulu. Ku hanya mampu memejamkan mata saat jiwaku menghayati seluruh rona kampung tercinta. Bulan Ramadhan begini menjadikan lebih seronok bila dentuman demi dentuman meriam yang dimain oleh belia desa. Segala masalah bagaikan hilang sekelip mata.

Ibu tidak henti-henti berleter bila aku enggan pergi ke kedai. Maklumlah, ingin melayan badan yang sedang berpuasa. Lebih rela melekap di atas pangkin buruk di halaman rumah. Minyak petrol yang dipesan masih belum dibeli. Ingin menghidupkan enjin EX-5 adikku pun terasa malas. Petrol untuk menjana pam air untuk menimba sawah padi di belakang rumah. Ingin menimba ikan katanya. Setelah semua telah siap tersedia, seluruh ahli keluargaku turun ke bendang yang kurang menghasilkan padi. Enjin diletakkan di batas sawah bila dirasakan tempat tersebut strategik. Pam air dihidupkan. Empangan turut dibina menggunakan tanah lumpur bagi menyekat air dari memasuki kawasan yang ingin dikeringkan. Kami turut menggunakan baldi untuk menimba air bagi mempercepatkan proses mengeringkan air agar lebih mudah menangkap ikan yang kelihatan.

Lelah terasa melakukan perkara begini dibawah terik suria yang menebar cahayanya ke segenap tanah bendang. Mahu sahaja meneguk air jika ada. tapi segera akal mengingatkan yang aku sedang berpuasa. Keseronokan mula terasa bila melihat bayangan ikan yang kian sukar berenang kerana air semakin cetek. Kami menyerbu masuk dan menangkap ikan yang kelihatan hanya menggunakan tangan sahaja. Orang kampung la katakan. Sudah lali dan biasa dengan kehidupan begini. Haruan. Keli. Puyu. Sepat. Satu demi satu ikan berjaya ditangkap.

Ah! Aku rindu suasana begini. Mengingatkan zaman kecilku. Hasil tangkapan dibawa pulang untuk disiang dan dibersihkan. Aku bersyukur kehadrat Allah kerana masih memberi aku peluang merasai peluang begini. Mataku tertutup perlahan sambil bibir mula mempamerkan senyuman yang tidak manis. Tetapi kepuasan.

Sunday, August 7, 2011

Malique ft. Rabbani - Perang Dah Tamat



[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Taurat
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.

writer: Rasa terharu dengan nukilan terbaru malique. Ketepatan gaya bahasa sungguh memukau diriku sejak kali pertama mendengarinya melalui corong radio Xfm. Congrat malique n Rabbani.

Apa? Ikhlas? Cakap memang mudah.

"Guru mesti ikhlas, henti merungut"
Tersentap bila aku terbaca di paparan monitor sewaktu membaca ruangan Bharian secara talian. Hasil tulisan rakanku yang bekerja di salah sebagai wartawan disana. Ada logiknya lontaran pendapat yang dikemukan.Namun, apa kalian sedar tentang apa yang dicoret?

Arus pembangunan kian rancak. Manusia semakin taksub dalam meniti perjalanan duniawi.
Dari arti kata kasi pagi makan pagi, hingga mengerti mengerah keringat sesuap nasi. Penuh ranjau berliku yang perlu kita jalani. Guru mesti ikhlas, henti merungut! Mungkin itu petikan yang dirasakan sesuai bagi memenuhi ruangan beliau. Adakah beliau sedar dan ketahui apa sebenarnya yang berlaku. Lihat tidak sama dengan yang mengalami. Ini kata terbaik yang aku fikirkan. Bukan ingin membidas lontaran pendapat yang diberikan. Mungkin juga pengarang tidak tahu perkara sebenar. Usah menilai dengan hanya mendengar atau melihat sahaja. Temubual juga tidak memadai. Hal ini kerana banyak penyedap yang ditambah bagi memenuhkan ruangan yang tersedia.

Benar ramai guru merungut. Tetapi adakah pengarang benar-benar tahu kenapa, siapa, dan apa yang dirunngutkan. Penulisan yang agak hebat tetapi agak berat sebelah. Fikirkan.

Sungguh aku tertarik baris terakhir penulisan beliau. "Guru yang ada sekarang mungkin hanya guru yang tidak pernah bercita-cita menjadi pendidik tetapi kerana sudah tiada kerja lain maka terpaksalah jadi guru". Sesungguhnya anda silap. Bila berkata dari pengalaman. Mungkin sekali guru-guru yang mendidik si pengarang masih menjawat profesion yang sama. Lebih banyak keluhan dari guru-guru yang mungkin seusia dengan mereka sebenarnya. Malahan, terdapat begitu banyak polisi yang dikenakan. Sehingga hilang autoritinya sebagai seorang pendidik yang berjaya. Fikir dahulu sebelum bercakap kerana belum tentu ketahui perkara disebaliknya.

Renungan: Teman rapat anda kematian bapanya, anda bersimpati dan cuba mententeramkannya dari duka. Mungkin juga anda kata "bersabar la ye, usah bersedih". Tetapi bagaimana bila yang meninggal itu bapa anda sendiri? Fikirkan....

Wednesday, August 3, 2011


Keranamu Malaysia, mungkin itu ungkapan paling cocok.
Gamat gempita seluruh Bukit Jalil pabila dipenuhi oleh 90ribu peminat setia.
Ngauman yang mampu menggegar. Mendabik dada si harimau dilapangan hijau terbentang.
setelah aku korbankan kerja dan berjam-jam membatukan punggung di kerusi hospital.
akhirnya tercampak ke Stadium bukit jalil tepat jam 4:30 petang. Agak awal.
Pertarungan bakal bermula jam 8:45 malam. setia menanti dalam gerombolan manusia yangn turut hadir memberikan sokongan. Sungguh teruja. Berbaju kuning hitam bagai pak belang. Ada juga berbaju biru menjadi perajurit bersama.

Laungan dan nyanyian membakar semangat didada. Keriuhan jelas mencipta satu fenomena baru negara. 100 ribu umat manusia berhimpun bagi tujuan yang sama. Menyokong Malaysia tercinta. Perlawanan Pra Kelayakan Piala Dunia.

Bagai badai datang melanda. Meskipun dibanjiri dengan sekutu berbagai bangsa. Kelesuan jelas terpancar. SERI! Tapi kita gagal menyekat singapura untuk terus mara.
Namun itu tetap detik teristimewa. From Malaysia wid LOVE!

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini