Sunday, August 7, 2011

Apa? Ikhlas? Cakap memang mudah.

"Guru mesti ikhlas, henti merungut"
Tersentap bila aku terbaca di paparan monitor sewaktu membaca ruangan Bharian secara talian. Hasil tulisan rakanku yang bekerja di salah sebagai wartawan disana. Ada logiknya lontaran pendapat yang dikemukan.Namun, apa kalian sedar tentang apa yang dicoret?

Arus pembangunan kian rancak. Manusia semakin taksub dalam meniti perjalanan duniawi.
Dari arti kata kasi pagi makan pagi, hingga mengerti mengerah keringat sesuap nasi. Penuh ranjau berliku yang perlu kita jalani. Guru mesti ikhlas, henti merungut! Mungkin itu petikan yang dirasakan sesuai bagi memenuhi ruangan beliau. Adakah beliau sedar dan ketahui apa sebenarnya yang berlaku. Lihat tidak sama dengan yang mengalami. Ini kata terbaik yang aku fikirkan. Bukan ingin membidas lontaran pendapat yang diberikan. Mungkin juga pengarang tidak tahu perkara sebenar. Usah menilai dengan hanya mendengar atau melihat sahaja. Temubual juga tidak memadai. Hal ini kerana banyak penyedap yang ditambah bagi memenuhkan ruangan yang tersedia.

Benar ramai guru merungut. Tetapi adakah pengarang benar-benar tahu kenapa, siapa, dan apa yang dirunngutkan. Penulisan yang agak hebat tetapi agak berat sebelah. Fikirkan.

Sungguh aku tertarik baris terakhir penulisan beliau. "Guru yang ada sekarang mungkin hanya guru yang tidak pernah bercita-cita menjadi pendidik tetapi kerana sudah tiada kerja lain maka terpaksalah jadi guru". Sesungguhnya anda silap. Bila berkata dari pengalaman. Mungkin sekali guru-guru yang mendidik si pengarang masih menjawat profesion yang sama. Lebih banyak keluhan dari guru-guru yang mungkin seusia dengan mereka sebenarnya. Malahan, terdapat begitu banyak polisi yang dikenakan. Sehingga hilang autoritinya sebagai seorang pendidik yang berjaya. Fikir dahulu sebelum bercakap kerana belum tentu ketahui perkara disebaliknya.

Renungan: Teman rapat anda kematian bapanya, anda bersimpati dan cuba mententeramkannya dari duka. Mungkin juga anda kata "bersabar la ye, usah bersedih". Tetapi bagaimana bila yang meninggal itu bapa anda sendiri? Fikirkan....

2 comments:

  1. bila seorang guru memulakan bicaranya. ayatnya perghhhh gila lah dah macam sasterawan negara penuh puitis ;-p

    ReplyDelete
  2. mungkin juga kata dari hati yang dizahirkan dengan ikhlas. TQ.

    ReplyDelete

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini