Monday, May 13, 2013

Begini

Hitam dan Putih.. Tak ubah seperti peti talibisen zaman Arwah moyang aku dulu..
Sebuah ceritera tanpa warna.. Tapi masih dimengerti oleh mereka yang menyaksikannya..
Alangkah indah...
Jika ia diberi warna.. Tampak sedikit ceria..
Tapi, hanya hitam dan putih sahaja yang menghiasi..
Lembaran Hitam KOSONG memanjang..
Terpalit coretan putih sebagai hiasan..
Begini rupa paras blog yang tak seberapa ini..
Mungkin seKOSONG fikiran,
atau
SeGELAP hati manusia dikala ini

Saturday, May 11, 2013

Di Hentian Ini

Langit kelihatan muram tak seperti biasa,
Coretan awan kelabu seakan hiba,
Bayu tidak lagi berpuput datang,
Angin tidak juga kunjung tiba,
Hanya debu yang hiasi tanah ini,
Tidak kotor umpama lumpur,
Lendir pun tidak seperti selut,
Tapi mengapa aku terus bergelut,
Mentafsir hati yang makin kalut,
Bukankah harus tenang renang,
Tapi mengapa mata pula bergenang,
Apa yang cuba aku kenang,
Secebis memori yang terlalu panjang.

gelodakkocakhatinanretak

Thursday, April 25, 2013

Andai Begitu Pintanya

Ingat zaman lalu saat udara
menghembus bayu..
Aku.. Kamu.. Patri dipaku..

Imbas saat peristiwa indah,
Pantai bidara..
Aku.. Kamu.. Berdua..

Kala lengan dirantai digari,
Sengketa rindu dendam akhir..
Punah hati, jadi disyaki..
Hilang punca, saku disingkir..

#kernapernahmelindungkamudenganpelbagaipunca, kaumusnahhidupkubeginicaranya.

Thursday, March 21, 2013

Sebuah Misi, Dua Lokasi

Saat ini aku terimbas detik Boeing 747 mencecah lapangan Don Muang. "sawadikap, welcome to SIAM". Seminggu aku bakal menjadi pelarian di Thailand bersama Che Amad n Scooby Jack. Hanya ada dua perkara perlu diuruskan. Lokasinya juga agak berhampiran. Pattaya dan Bangkok. Hanya itu misi kami bertiga kali ini.

Turun airport yang usang. Tak ubah macam Hentian bas Alor Setar. Panas! Mujur ada yang sudi memahat senyuman. Damai.

Saat ini mata terasa bersih. Mungkin telah dicuci oleh gadis2 genit Siamese. Rambang! Rawang! Ok got it! Kelihatan sebuat Toyota Altis pink sabar menanti kami. Driver terus memecut menghala ke Southern Bus Terminal , Bangkok Noi. Misi pertama bermula.

Next time la sambung.. Masa untuk cari rezeki...

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini