Monday, May 13, 2013

Begini

Hitam dan Putih.. Tak ubah seperti peti talibisen zaman Arwah moyang aku dulu..
Sebuah ceritera tanpa warna.. Tapi masih dimengerti oleh mereka yang menyaksikannya..
Alangkah indah...
Jika ia diberi warna.. Tampak sedikit ceria..
Tapi, hanya hitam dan putih sahaja yang menghiasi..
Lembaran Hitam KOSONG memanjang..
Terpalit coretan putih sebagai hiasan..
Begini rupa paras blog yang tak seberapa ini..
Mungkin seKOSONG fikiran,
atau
SeGELAP hati manusia dikala ini

Saturday, May 11, 2013

Di Hentian Ini

Langit kelihatan muram tak seperti biasa,
Coretan awan kelabu seakan hiba,
Bayu tidak lagi berpuput datang,
Angin tidak juga kunjung tiba,
Hanya debu yang hiasi tanah ini,
Tidak kotor umpama lumpur,
Lendir pun tidak seperti selut,
Tapi mengapa aku terus bergelut,
Mentafsir hati yang makin kalut,
Bukankah harus tenang renang,
Tapi mengapa mata pula bergenang,
Apa yang cuba aku kenang,
Secebis memori yang terlalu panjang.

gelodakkocakhatinanretak

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini