Monday, September 26, 2011

Sejarah silam bakal berulang : Yamaha XJ6 vs Yamaha R6


Dari dulu aku sering berkuda. Lincah dan bergaya. Memori yang membawa aku kembali ke zaman lama. Penuh nostalgia. Disingkap helaian sejarah membolehkan aku tidak lupa dunia.
Walaupun sudah memiliki si tayar empat, Toyota 1NZ-FE putih. Hati aku bagai meronta-ronta ingin kembali ke zaman roda dua. Lebih selari dengan jiwaku. Cukup aku sedar tentang itu.

Dari zaman aku berbasikal roda 3 seawal umur 1tahun, hingga pandai mengayuh basikal roda empat. Kreekkkk. Bunyi dua roda kecil mengeser permukaan simen di rumah nenda. Bertukar sudah dari Chopper ke BMX. Aku mula pandai menunggang motorsikal suzuki jipang pakcik ketika aku baru menjejakkan kaki di darjah 4. Berselarakan pasu nenda aku rempuh hanya kerana kekurangan sifat ketinggian dikala itu. Zaman terus berlalu dengan pantas. Aku perlu terus maju ke hadapan. Satu persatu model motor aku tunggangi. Dari kapcai hingga superbike. Milik sendiri, ataupun sahabat handai. Tidak pernah aku takut untuk memecut laju walau badan hampir calar seribu.

Kini, Yamaha telah menghasilkan XJ6 Diversion (seperti gambar sebalah kiri) dengan kuasa enjin 600cc. Walaupun agak kecil kapasiti enjinnya, tapi mampu membuatkan aku tersenyum. Ia bagaikan adik kepada sebuah motorsikal Yamaha yang sejak dulu jadi idaman ku. Yamaha R6 (seperti gambar selah kanan) yang memiliki kuasa yang serupa, namun harganya dua kali ganda dari XJ6. Aku sudah mula membenci zaman kereta. Mahu kembali ke zaman roda dua. Mana satu menjadi pilihan masih keliru. XJ6 atau R6.

Sekali gus mengingatkan aku kembali kepada semua kelab motorsikal dan skuter yang pernah aku sertai. Berkonvoi kesana ke mari. Masih mendi tand tanya. Mana satu bakal aku miliki.

Sepintas bicara: Merindui semua kelab motor dan skuter yang pernah aku melepak bersama.
Gilera & Suzuki VS : RunnerX, One-Third, Ragga Muffin, Ride Sccot & Auto Scoot
Yamaha Nouvo & Ego : SRF Motorsport
Yamaha 125z, RXZ, SS110 & RC80 : DY Team, Raden Workmotor, 227 Whitehouse, Amat Ayam, Fatt Fatt Motor.
Vespa & Lambretta : Skinhead Bootboys.

Masih ku ingat kenangan roda dua ku. Aku akan kembali sedikit masa nanti.

No comments:

Post a Comment

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini