Friday, September 9, 2011

Perginya Sang Memori

Dari kiri Ayie, Eric, Azam dan Qela

Sememangnya raya 2011 amat berlainan. Keriangan langsung tidak terasa. Kehilangan lebih menguasai jasad ini. 2010 aku menyambut Aidilfitri lebih sederhana. Mana yang mampu sahaja. Tetapi aku rasa cukup gembira. Tema hitam bagi seluruh keluarga. Kelabu bagi anak-anak buah. Seronok aku melihat gelagat mereka berlima. Semua tiga tahun kebawah. Keletah mereka amat mencuit hatiku. Maklumlah, semua dibesarkan didepan mata aku sendiri. Dari teriak tangisan sewaktu bayi hingga sampai detik itu. Lasak. Manja. Comel. Semua ada. Ramai yang cemburu dengan diriku. Mereka sering bercakap perkara serupa. "Anak buah ko kiut syiall, sume cool. paren aku pn suke tgk". Memang itu acap kali aku dengar dari bibir teman-temanku. Bangga pun ada. Tapi kini...

Echah...
Yang kelima. Sekadar tinggal kenangan. Aku benar-benar merindui. Pemergianmu penuh misteri. Mana mungkin ditukar ganti,

No comments:

Post a Comment

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini