Saturday, July 23, 2011

Ketika Ramadhan Mula Melambai....


Ramadhan kian hampir. Mula muhasabah diri. Apa mungkin jadi yang lebih baik pada kali ini. Hanya mampu berharap. Khuatir tidak mampu melaksanakan tuntutan rukun islam yang ketiga ini. Sambil lensa mata tidak henti-henti menatap kemegahan alam yang didiami. Kagum dengan ciptaan Ilahi. Tercetus sedikit rasa pelik yang mencuit hati. Teringat kembali zaman jahiliyah sewaktu masih dibangku persekolahan. Rasa berdosa mula menghimpit diri.

ZAMAN PERSEKOLAHAN
Kenakalan dah lali dengan diri. Berbuih bonda dan ayahanda menasihatkan. Cikgu pun dah naik muak tengok muka aku ni. Puasa? Ah! malas la. kita tuang jela. Hasut seorang rakan yang tidak henti-henti mendampingi diri. "tol jugak dow, kita pergi bekfas kat kedai belakang skola tu. pastu pekena leh jadi jin makan asap lak!". Mula idea bodoh memenuhi diri bila bulan Ramadhan begini. Sebagai teman sejati, yang lain tidak membantah. bekfas sebanyak yang mampu sebelum melangkah masuk ke sekolah untuk membuat onar. Seperti biasa, 9:15a.m mula operasi memanjat pagar belakang asrama untuk masuk ke sekolah. Seronok rasa dapat ponteng puasa. satu sekolah habis disakat. Cikgu tidak henti-henti melolong tanda protes dengan perangai kami. Apa aku kisah. Ni mesti cikgu tak puasa. Orang puasa semua baik-baik. Mana ada terpekik macam orang gila. Sah cikgu GILA. Pabila kebosanan mula melanda. Semua handai dikumpul untuk 'balik curi'. Dah la pagi tadi makan curi-curi. Nak balik pun sibuk nak curi lagi. Baru je pukul 10pagi. Gila bosan sekolah. "Jom lambung, kita lepak kat snuker liku. Boleh basahkan tekak ni". Persetujuan tercapai. Pagar depan direnung tajam. mula menarik perhatian cikgu di kelas berhampiran. "CIKGU!! KITORANG NAK BALIK, KEJARLAH KALAU DAPAT!!". Komeng menjerit. Cikgu Mat Isa rasa tercabar lalu terus meninggalkan kelas untuk menangkap murid-murid kesayangannya. Termenggah-menggah dia berlari. Kesian. Kompem jap lae dia berbuke. Muka dah macam nak terberak aku tengok. Tawa terlerai. Puas dapat permainkan cikgu disiplin yang suka menyibuk hal orang lain. Langkah diteruskan ke Pusat Snuker untuk melepak sambil melepaskan gian se'frame' dua. Lega tekak terasa bila air cincau menerobos masuk ke tekak. Best. Bila bazar Ramadhan mula beroperasi. Kami jadi makin sibuk membeli berbekalkan muka seposen yang keletihan. Puasa la konon. Sebijik macam dah 3 hari tak makan. Segala juadah dibaham sambil ligat menonton "Lucky Ball". Hampir petang baru pulang ke rumah dengan penuh lesu. "Penatnya mak puasa". Temberang diteruskan. Waktu berbuka, makan seperti dunia bakal kiamat keesokan harinya. Kena la berlakon. Kalau tak kantoi la kan. Habis berbuka terus menyedut marlboro softpack. Perrgghhhh! Best. Aktiviti bersambunng dengan pekikan Meriam Buluh dan Meriam Tanah. Saja nak bagi Pak Imam tersasul baca masa sembahyang. Padan muka Tok Hashim kene baca berulang kali sebab terperanjat dengan dentuman meriam. setelah keletihan, terus pulang ke rumah. Kena tido. Esok kan nak sahur. Rutin berulang sehingga AidilFitri menjelma.. Rasa diri begitu teruk bila dikenang kembali.

No comments:

Post a Comment

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini