Monday, July 25, 2011

Peluang Kedua...


Bukan sengaja membikin prosa untuk menambah dosa.
Sekadar melepaskan sarat yang terkandung di minda.
Meniti sebuah cerita bagai sketsa yang dicipta.
Realiti sebenar hati luka yang lara. Pedih masih terasa.
Berdarah?
Tidak kelihatan pula warna merah menerbit keluar.
Benarkah luka?
Tidak ada coret yang tercarik sebagai tanda.
Tapi apa? Kenapa sakit kurasa?
Mengapa pedih menikam jiwa.
Gila! Puas termanggu sendiri mencari butir yang pasti.
Sumpah aku memang gila! Mana ada peluang kedua!
Siapalah aku ni untuk dilayan begitu! Mana mungkin orang
kotor macam aku diberi peluang begini.

Puas aku memberontak untuk mencari jawapan yang pasti.
Kalau benar petunjuk? Apa harus aku lakukan.
Jauh disudut hati masih seram memikirkan apa yang sudah terjadi.

Mungkin dosa yang bertimbun masih belum terlunas.
Terus menghimpit diri dalam lohong yang panas.
Lekas. Aku perlu bingkas menongkah arus yang deras.
Mana mungkin dosa lalu buat aku terlepas.
Hidayah dihulur membetulkan hati yang kian keras.
Ketakutan meruncing. Pemikiran merunsing.
Keinsafan mendamping.Masa untuk berpaling.

Jelas 'Dia' bagi aku peluang kedua.
Menikmati keindahan alam fana.
Apa benar dapat ku tebus semua.
Atau sekadar layu tak bermaya.

(Nukilan selepas sebuah tragedi ngeri yang nayris meragut nyawa aku dari jasad yang disewa dariNya. Moga igauan ngeri dapat mencipta semula roh yang bermakna.)

No comments:

Post a Comment

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini