Friday, July 22, 2011

Dia bukan Citarasa saya!

melirik ke pergelangan tangan. jam casio aku bagai berdenting hebat memberitahu sudah pukul 7:17a.m dikala itu. siot betol la! nape boleh bangun lambat ni. sempat bermonolog sewaktu sibuk memanaskan enjin vios saljiku. kudrat dihimpun bagi menggagahkan diri untuk hadir ke tempat kerja. maklum lah, kan dah hari jumaat. hari terakhir sebelum melepakkan diri di hari minggu. seperti biasa, jalan sri muda tidak pernah susut dari deretan kereta waktu pagi begini. SHIT! mampus aku lewat lagi. satu minggu penuh dengan lewat. malapetaka mana yang melekat pada aku pun aku kurang pasti. minggu yang penuh dengan perkataan lewat. serba serbi tidak menjadi. OMG! why all this happen. aku mula hilang pertimbangan. membelah arus jalan yang sesak sambil kaki menekan keras pedal luncur. dashboard meter menunjukkan bacaan 120km/h. sure kalau kereta lain buat silap, bahana menungu mereka. ratusan bunyian hon mula kedengara. tidak ubah seperti pukulan drum tre cool greenday ditelingaku. AH! Damn! Kau kancil jalan lah tepi sikit. tak sedar diri betul la. mula timbul perasaan bongkak yang berkotak-kotak dalam hati. pedal dihenjut semakin deras apabila melepasi persimpangan Proton/Hicom. jarum kelajuan ditala pada kadar 180km/h. bagai tiupan angin menyusur deretan kereta lain. tanpa diduga. sebuah Evo10 putih bercarik biru kuning menghambat dari belakang. SHIT! ni helang polis ni. makin kental aku menekan pedal untuk menghilangkan diri. mujur sempat mencilok ke satu simpang. si helang terus terlajak. renungan tajam cuba memastikan no pendaftaran keretaku. haha. helang tersungkur dan rebah. dada mendabik bangga. memasuki perkarangan tempatku mencari rezeki, aku disapa oleh seseorang. "hi, morning". aku sekadar mencebik sahaja. dia menghulurkan bungkusan makan kepadaku. "this for you". aku tersipu sambil membalas thank you. terus beredar kerana khuathir akan lewat menempa jari di scanner. 7:30a.m. Great. nyawa ikan je hari ni. melangkah penuh longlai ke bilik tempat aku menyiapkan segala tugasan yang sedia menanti. rakan sejawat pula menghulurkan sebungkus nasi kerabu. "nah, ni tok hang". aku cuma mampu terkebil-kebil. apa murah sangat rezeki hari ni. tepat jam 9:00a.m, seperti biasa aku mula meronda-ronda bagi mengambil angin pagi yang tidak berapa nyaman di Alam yang kononnya Megah ini. seorang dara menegurku. "dah makan? ada mee goreng ni, ambil la". aku makin tak faham. kenapa ramai yang bermuka ikhlas memberikan aku makanan. Gila! sekitar jam 11. seorang dari penceramah mengajak aku menemankannya makan di cafe. katanya tidak tahu selok belok sekitar. dengan berat hati aku terpaksa menemankan dia makan kerana dia tetamu jemputan. bukan kerana dia seorang wanita. bihun disuap sambil diselangi dengan perbualan tentang kerjaya masing-masing. aku mula tidak senang. maklumlah. sudah 4 orang anak dara yang memberi aku makanan. kalau tak pun dibelanja. koyak rasa pipi hari ni. tapi entah kenapa terdetik dalam hati. MEREKA SEMUA BUKAN CITARASA SAYA.

No comments:

Post a Comment

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini