Wednesday, July 27, 2011

Hidup Mati Harimau & Singa


Sudah riuh seluruhnya. Serata alam debaran terasa.
Kebuasan Sang Harimau menakluki Malaya dan seanteronya.
Bakal berentap dengan Si Singa, Raja belantara.
Bagai epik donggeng untuk tatapan semua.
Siapa bakal menawan seluruh buana.
Pertempuran bermula dari sebuah sengketa.
Ia dikenali dengan 'Sebiji Bola'.

Hatiku tercuit bila mengenangkan kembali kisah semalam.
Hanya kerana rasa inkuiri yang mendalam.
Ingin ku lihat siapa yang bakal jatuh tersembam.
Pergelutan Sang Belang dan Raja Belantara bukan lagi di hutan khatulistiwa.
Kini berbeza. Kehijauan masih ada. Tapi lain suasananya.
Pertempuran yang tidak mungkin dapat dielak biarpun PBB campur kuasa.
Bakal terpatri dalam lipatan sejarah dunia.

Hafify dengan nada tercungap-cungap, tidak ubah seperti nyawa-nyawa ikan dihujung corong.
"COT! mampus cot! abis kita kali ni cot".
"Ko ni napee? Dunia kiamat ke?" aku berseloroh.
Di tanganku mengenggam erat peha ayam goreng spicy KEPSI.
"Tiket aku kena deny cot, tolong lah cot. Orang amanahkan aku tok beli ni, Malaysia lawan cot! tolong la aku wey". Jelasnya dengan sayu.
"ko biar benar, kan aku pesan kat ko gak!"
"Maybank2u aku wat hal. Aku kat Melaka skang ni".
"Takde rezeki kita kot Fy? Xpe, aku suh kawan aku runner ti".
"Tolong taw bro, gua caya lu".

Dengan pantas aku menalifon Shark untuk memesan 8 keping tiket.
Pelbagai masalah yang menyebalkan berlaku. Akhirnya duit berjaya dibank-in.
Sekelumit harapan bagi menyaksikan perlawanan keramat mula menerbitkan sinar.

Di pagi yang hening lagi hiba....

"Cot! aku kat bukit jalil ni!" Fify menjerit dihujung talian.
"wey, ko tak keje ke? ko biar betul dow?". Aku cuba mendapatkan kepastian.

Gila! Semalam kan dia dekat Melaka. Nape tetiba sampai ke Bukit Jalil lak ni.

"Gua tak sedap ati bro. gua berdesup dari melaka pagi tadi. Gua takut tiket habis!".
"Ko ni biar betol fy?".
"Tol la wey, aku ponteng kerja. Terpaksa Cot! Malaysia lawan ni".

segera aku menalifon Shark untuk membatalkan tiket yang aku dah booking darinya.
Shark baru sahaja ingin bertolak untuk pergi. FUH... Selamat duit aku. Kalau tidak mesti air mata menjadi teman.
Fify berjaya mendapatkan tiket setelah 2 jam setengah beratur dari awal pagi.
Nasib juga menyebelahi Shark. Setelah puas berbaris panjang. tiket dalam genggaman.
Semoga Perlawan Pra-Kelayakan Pilala Dunia antara Malaysia dan Singapura bakal memihak kepada Sang Harimau. Selamat Maju Jay Malaysia.
All The Best! 100% PURE MALAYSIA!!!!

No comments:

Post a Comment

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini