Tuesday, January 24, 2012

Adakah Ini Rindu?


Teringat akan masa lalu, Berteman ruang udara nan biru, Mencuit hati yang kian sedu.

Adakah ini rasa rindu? Rindu kepada siapa? Rindu kepada kamu?
Rindu akan masa lalu selalu. Walaupun dikau tidak pernah tahu. Aku tahu dikau tak tahu?
Hanya tidak mekar dikalbu. Walau gelora datang ketemu. Menggoyang hati meruntun pilu.

Adakah ini rindu? Ingin sahaja aku lihat kelibat 'rindu'. Gengam dan memeluk erat sang 'rindu'. Agar aku sentiasa merasai kehangatanmu. Dibayangi rasa 'rindu'.

Walau beribu ucapan palsu dilafaz bagi menyembunyikan rasa rinduku. Walau dikau fikir aku seperti batu. Tapi kebenarannya, hanya aku yang tahu.
Aku Rindu Padamu.

No comments:

Post a Comment

Ingin Ketahui Lagi? Klik Sini