Mendung kelabu. Tidak ubah seperti hati yang merudum. Sayu. Sunyi tanpa bunyi. Sepi. Sorotan mata mengerling kirmizi yang masih kelabu. Makin tebal menyelaput langit yang selama ini biru. Ku tatap. Renung ibarat kepulan asap tebal yang berapungan di udara. Melitup mata dari melihat keindahan semesta. Kembali suram hadir dalam diri.
Mahu sahaja aku Melastik Awan agar mendung pergi. Tapi ku tahu kudrat yang dianugerahi. Tidak seberapa walau acap kali aku gagahi. Melastik Awan? Sekali lagi idea bodoh itu melintas dibenak ku. Kotak fikiran seakan mengiyakan istilah bodoh yang datang. Memang aku sudah kurang kewarasan. Tapi apa mungkin. Mungkin benar itu mampu membantu dari menutup hijab mataku.
Pergilah sang awan. Musnahlah si mendung. Aku ingin melihat NUR menerpa sambil memancar indah diruang wajahku.
Keinginan tidak membataskan naluri seorang insan. Tetapi meletakkan batasan dalam diri itu perlu. Aku bisa Melastik Awan yang menyelubungi hariku untuk terus maju,
No comments:
Post a Comment